Thursday, July 19, 2012

~for labour n post natal care~

masa mula2 dulu excited sgt beli baju n brg2 baby sampai lupa persediaan tuk bersalin n berpantang..nasib baik la ipar2 saya bertanya pada saya sama ada saya sudah sediakan brg2 tuk bsalin dan juga tuk berpantang..hehehe..lupa la plak..ni yg plg penting sbenarnya..klau si umi tidak sihat mcm mana mau jaga babynya!

ya, so langkah pertama yang saya buat adalah memasak air selusuh. caranya:

1. Mula2, parut isi kelapa tua (blender pun boleh)
2. Perah airnya (mcm buat santan)
3. Masak air santan tersebut dgn api sederhana. bila sdh mendidih, kecik kan api.
4. Masak sehingga dpt minyaknya..minyak tu la sebenarnya air selusuh.. 
(hasil yang saya dapat dengan dua biji kelapa tua hanyalah dlm lbh krg 100 ml)
5. Dan amalkan minum satu sudu teh pada sebelah pagi dan satu sudu teh pada sebelah petang dengan membaca selawat 3x sebelum minum dengan niat dipermudahkan semasa bersalin. 

air selusuh versi 'saya'



selain dari itu, antara barang2 yang saya dah sediakan adalah seperti:

saya nak try set berpantang amway ni. carik punya carik ni yang paling murah n paling selamat kot sbbnya diperbuat daripada herba (organik la kot)






benda ni betul2 saya lupa tuk sediakan. nasib baik suami belikan hehehe..

stokin yg lucu - ada jari kaki hehehe..




dan tidak dilupakan juga yang ini:

maternity pad pureen



apa lagi ek..nanti saya fikir lagi la hehehehe..




~sedikit petua utk org mengandung~

Oleh kerana saya dikelilingi orang2 seperti bapa saya, abang saya, adik saya dan anak2 buah saya yang tidak berpengalaman  di dalam 'bidang' pregnancy and labour, jadi terpaksa la saya mengambil inisiatif untuk mencari ilmu pengetahuan itu dalam buku dan internet. alhamdulillah, saya bertemu laman web yang sangat bermanfaat iaitu Baby Center (versi Malaysia ada, U.S pun ada). tapi oleh sebab, mau online ni leceh sikit bagi saya, maka saya pun membaca la buku2 yang berkaitan dengan mengandung dan bersalin..

buku peneman semasa lapang dan sebelum tidur..
banyak info berguna di dalam buku ni..from pregnancy to labour to baby care...





banyak sangat info berguna yang saya dapat dalam buku ni...betul2 membantu..alhamdulillah, dgn Izin Allah, dengan mengamalkan petua2 dalam buku ini, banyak kelebihannya..antaranya:
1. bacaan hb darah saya skarang adalah 14.6 
2. saya tidak pernah sembelit seperti sebelum ini
3. saya rasa saya sihat :-)

antara petua yang paling saya ingat ialah:
1. untuk penyerapan zat besi yang paling berkesan amalkan minum jus oren atau mkn buah-buahan yang mempunyai vitamin C selepas makan pil zat besi/iron
2. jangan minum teh/nescafe sebab it can interfere with the absorption of iron and other nutriens
3. jangan makan pil zat besi within an hour selepas minum susu bcoz susu can stop the absorption of iron and other nutriens

dengan mengamalkan petua2 ini dan yang lain2 (x larat pla nak sebut smua), alhamdulillah darah ok, kencing ok, tekanan darah ok dan kandungan gula pun ok..Alhamdulillah...


Wednesday, July 18, 2012

slamat hari lahir sayang..


Oleh kerana 12/07 jatuh pada hari khamis tahun ni jadi sambutan bday tuk suamiku disambut lewat 2 hari..tunggu sabtu coz tym tu baru suamiku berada di rumah.

Bday celebration tuknya was so simple..coz susah nak buat keja at time like this. perut berat ja ni. as simple as nyanyikan lagu tuk dia, tiup lilin n bagi hadiah..tp hati sgt puas hati melihat senyuman lebar di bibir suami..


kek blackforest..suami ckp sedap..wlaupun rupa kek ni dah x cantik coz bunga dia jatuh tym amik huhuhu tp puas hati coz suami ckp sedap....





hadiah yang sdah siap dibungkus tuk suami



potong kek..tgk senyuman lebar dia...alhamdulillah, hepi sgt..


bukak hadiah...




jeng..jeng..jeng..sdh pun dibukak. bg hadiah ni sebab stiapkali ktorg kuar shopping, suami mesti singgah berjam2 kat kedai mainan..n super truck ni la yang slalu dbelek lama2..sanggup x nak tgk wayang smata2 nak pegi kedai mainan...




slamat hari lahir sayang...smoga menjadi suami yang baik amin...