Tuesday, February 14, 2012

Selamatkah makan durian semasa hamil..?

Baru ja habis musim durian di Ranau ni..alhamdulillah, saya berjaya mengekang rasa mau makan durian banyak2 (my father in-law larang saya makan durian hehehe). Tapi sbenarnya, saya tidak kisah pun klau x makan durian pada masa ni coz bau je dah buat saya pening.

Orang dulu2 slalu melarang ibu hamil makan durian kerana durian dikatakan panas dan boleh menyebabkan darah tinggi. Btol ke?

Sebenarnya, tidak terdapat sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden x menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. x sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir. 

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi. Oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi. 

Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan. 

Jadi bagi ibu hamil yang suka makan durian, tak perlu risau..anda boleh makan durian tapi dlm jumlah sdkit..jgn la sampai sebakul.. :-)

~my hubby suka makan durian. bleh habiskan sbakul skaligus~ humphh




my baby @ 14 weeks..

1. mula ditumbuhi rambut, bkn saja pada kpala tapi sluruh badan
2. dah pandai buat facial expression mcm bkerut etc
3. dah boleh gerakkan muscle - hisap jari etc..

smoga sihat, cukup sifat, no jaundice and other health problem after birth, no complications during birth..

~umi n abah love u~