Saturday, December 18, 2010

MAA

Bahagia dengan MAA. Dia memenuhi banyak ciri yang aku cari dalam diri pasangan selama ini. Dia amat memahami, penyanyang, romantik dalam cara dia yang tersendiri, pandai memanjai dalam cara dia yang tersendiri, menghormati dan menyayangi keluargaku seadanya dan bonus dia amat kelakar dan petah bercakap serta pandai bercerita. Semua kualiti yang ada padanya terangkum menjadi satu lalu hati menjadi sangat kasih kepadanya. Dia boleh memberi kesan yang amat mendalam kepada diriku..membawaku menilai diri semula lalu aku laksanakan perubahan sedikit demi sedikit ke atas diriku. Walaupun dia pemarah namun apa yang dia marah itu adalah amat berpatutan dan bukan sewenang-wenangnya dia memarahi diriku. kadang2 dia mendesak diriku untuk berubah namun apa yang didesaknya itu adalah untuk kebaikan diriku jua, kebaikan bersama dan kebaikan keluarga. Alhamdulillah, aku bertemu seorang lelaki yang amat baik, bertanggungjawab, sangat realistik, rajin dan pendek kata semua yang ada pada dirinya adalah yang terbaik. semua kualiti yang ada padanya membuat aku selalu menilai diriku semula. betapa jauh tertinggalnya aku. aku seorang yang suka mengikut hati, kuat marah, pemalas, suka mementingkan diri sendiri, ego dan amat sukar meminta maaf kepada orang lain. namun kualiti yang negatif itu sedikit demi sedikit terhakis oleh sikap dia yang amat berdiplomasi dan kebijaksanaanya menangani diriku dan perangaiku. Tuhan, aku amat bersyukur kepadamu kerana mempertemukan aku dengan lelaki yang aku dambakan selama ini. Thanks and all praises are only for u my Lord..

Friday, September 24, 2010

Pening...

pening......!!!!
Dear datang lagi..
memujuk! cakap dia masih cinta dan sayang
dan dia tidak pernah ada niat untuk putuskan hubungan
tidak pernah terlintas di hati untuk membuang B..
alahai dear..sudah terlambat..kita sudah tidak ada masa depan.
Family dah taw sampai mana kesungguhan dear..
masa family meletakkan kepercayaan penuh kepada dear, dear sia-siakan..
dear tidak menunjukkan kesungguhan untuk memiliki B...
dear tidak berusaha kata org sehingga ke titisan darah terakhir...
sekarang engkau kembali menagih janji2..tetapi sudah terlambat..
kepercayaan family B sudah hilang dan berterbangan dibawa angin lalu..
sudah hancur dan berderai..
tak mungkin kembali menjalin kasih denganmu..
kerana B tidak mampu untuk memujuk family untuk menerimamu..
Biarlah semua yang kita lalui tinggal sejarah dan kenangan
yang akan B abadikan dalam lipatan kenangan sepanjang kehidupan ini..
Selamat tinggal Dear..

Pening..!!!
Ustaz S pula mengintai kasih...
aduhai...yang memeningkan kepala..family sangat berkenan dengan ustaz S..
pening kepala...tak sanggup mengingkari hasrat family..
namun tak juga boleh memaksa hati untuk menerima ustaz S..
apa yang perlu aku buat..
sangat tersepit!!!

Mr A~A (MAA) pula mengharap kasih dari perempuan ini...
dan hati dan perasaan semua terarah kepada MAA..
Walau tidak diketahui MAA benar pilihan yang tepat atau tidak.
dan yang megusutkan keadaan..sudah berjanji sehidup semati dengan MAA
Peningnya membuat keputusan...takut tersalah pilihan...
Sebenarnya keputusan sudah ada...kerana hati hanya untuk MAA
namun risau dan takut kerana mengingkari hasrat family
dan menurut rasa hati..sedangkan tidak tahu pilihan hati adalah pilihan yang tepat..
sudah berjanji dengan MAA..Takkan memungkiri janji semata-mata mahu memenuhi hasrat family..

Wednesday, September 15, 2010

Mr. a~a : special edn.

Belajar untuk berkongsi
Belajari untuk menyayangi
Belajar untuk mencintai
Belajar untuk menerima baik buruk pasangan
Belajar untuk jujur
Belajar untuk setia
Belajar untuk menghargai

I want to make d best 4 u..
I want to be sincere to you..
Dis moment and until d end of my life
u are d one and only..

Thanks a lot my love..
u teach me everything..
Thanks..

Dear : Sayonara

Dia pernah mengihiasi hari-hariku
Dia pernah mengongsi bahagia dalam hidupku
Dia pernah meongongsi impian dan harapan untuk menyulam bahagia dalam hidupku
Namun...
Dia adalah semalam
Dia adalah kenangan
Kenangan yang indah namun pahit untuk dikenang..
Oleh itu...
aku lepaskan dia..dari kenangan, dari ingatan, dari hati, dari perasaan..
Semoga engkau berbahagia di dunia dan akhirat..
Ini adalah yang terbaik..untuk kau dan aku..
Lebih baik menumpang teduh di pohon lain
kerana pohon yang dijaga, dibaja dan disirami selama ini sudah layu dan mati..

Selamat tinggal kenangan
Selamat tinggal cinta
Selamat tinggal Dear..
aku lepaskan dirimu...
Lepaskan dirimu..untuk selamanya..

Sayonara...

Tuesday, September 7, 2010

Mr A.A part 3

Mr. A.A...
jumpa twice..okey la. quite okay..live..he is quite a guy I dream of
and after second meeting (or is it dating??)..he said..
sudah sampai masanya kita cakap pasal reject-mereject..
maksudnya..adakah dia diterima atau tidak..

Jawaban aku: tiada alasan untuk menolak..

kerana hati sudah terusik..he is unresistable..

and he said..can I say it..I love you honey..

Wednesday, September 1, 2010

Mr A.A : Part 2

Mr. A-A is
1) kelakar, pandai buat lawak
2) petah bercakap, pandai bercerita
3) baik, memahami
5) tegas, berkeyakinan

mengusik hati...



0n d 21 of  August: Salam, mat bposa; he said

Saturday, August 28, 2010

Mr. Air Asia : Part 1

May B we rush into things...I think we should slow down..Wait till u meet me. I am ok if I'm not d rite one 4 u. and u know what, I really don't know if I'm ready to fall in love again. I am afraid to get hurt again. I'm afraid...sometime I feel like i don't want to do dat again..but I got a mixed feeling..I'm afraid to fall in love again but I dont want to lose u..my dear prenz..

I just undergone a very hurtful experience..May b I should rest

Putus Cinta: FinaL

akhirnya...
22.08.2010 ..
He said 'saya lepaskan awak. jangan lagi cari saya lepas ni'..

tiada guna cinta yang disemai selama tak sampai dua tahun. tiada gunanya kestiaaan dan kejujuran yang dipupuk selama ini..

Sekian episod cinta..
Cinta yang sudah terlerai..
Cinta yang sudah layu terkulai..
Cinta yang sudah putus takkan bersambung lagi..

Friday, August 20, 2010

Putus Cinta Part 6

tiba-tiba mau berbaik dengan aku. Betulkah ni?

Wait and see...Skarang ni pun Dia macam tu juga. tiada perubahan. suka menyendiri, tidak peduli dan macam tak sayang. So just wait and see. Kadang2 timbul rasa bosan di hati ni. Hubungan tiada kemajuan langsung. masih di takuk lama.

Monday, August 16, 2010

Putus Cinta Part 5

he said d reason he left dat girl is that he is not eligible to be hers. dat girl is a good person. and he himself is a bad person.

" Dear rasa Dear tidak sesuai untuk B"
"B terlalu baik tuk Dear"

or actually the other way around

 "B tidak sesuai untuk Dear"

dat girl knows it's only an excuse. an EXCUSE. he is getting tired of dat poor girl. Dat's y he left her. He doesn't love her anymore.

No more love. No more longing. there's Only tears and painnnnnn...

Putus Cinta Part 4

Yesterday, late at nite..lelaki tu text pompuan tu. He said he was sorry. "maafkan Dear". Dat's d only thing he said. Nothing more. d girl doesn't know what for he asked for apology.

Apa boleh buat. d girl hadapi semua ini dengan hati yang tabah dan sabar. Orang Sabar dikasihi Allah SWT. Insya Allah. Walaupun ada ketika dia berasa sedih dan pilu yang teramat sangat, namun dia sudah berjanji pada diri sendiri untuk lebih kuat dan tabah dalam menghadapi apa jua. Kadang-kadang kalah pada perasaan. Bila bangun tidur mesti dia rasa sangat sedih. Termenung juga sekejap. Mengenang nasib diri yang malang. Yang ditinggal sang kekasih. Sebelum tidur, termenung jauh juga. Rasa sesak dada. Sebak. Pilu. Sedih. Perit jiwanya melalui saat-saat seperti ini. Rindu pada si dia terbit di hati tiba-tiba. Terkenang. pilu sungguh rasa di hati.

Inilah suratan takdir..MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI..kuatkan semangat. kamu tidak sendirian. Tuhan ada..Mintalah pada Tuhan. Semoga engkau bahagia. Semoga kelukaan di hati ada penyembuhnya. Insya Allah. Istigfar banyak-banyak.

Cuma satu sahaja yang terdetik di hati pompuan tu. apa salah dia sampai sang kekasih sanggup buat begini ya?

Sunday, August 15, 2010

Putus Cinta Part 3

Dunia bergegar....!!!! bukan kerana gempa bumi. bukan kerana gegaran bumi. ini adalah gegaran jiwa berukuran 100 skala ricther. gegaran jiwa kerana sang kekasih bagitahu bahawa sampai di sini sahaja hubungan di antara mereka.
          Dulu, sang lelaki itu cakap dia sayangkan gfnya sampai akhir hayat. Dia cakap dia akan sayang kekasihnya tu selama-lamanya. kerna kekasihnya satu-satunya permata hati.  Dia rayu gfnya supaya jangan ditinggalkan dan jangan dikecewakan. Dia minta supaya gfnya setia sampai bila-bila. Dia cakap Dia mahu sehidup semati dengan gfnya. Dia mahu sunting gfnya menjadi permaisuri hidupnya.dan bermacam madah2 indah dan janji2 manis...namun akhirnya...terkulai layu..betapa senangnya mengakhiri sebuah perhubungan..

Friday, August 13, 2010

Putus cinta part 2..

lelaki itu said nanti kita bincang. bincang pasal relationship ni. tapi smpai skang dia masih menyepi..apa maksudnya?

putus cinta

patutlah orang cakap putus cinta amat menyakitkan. and B agree. putus cinta memang sangat menyakitkan. rasa nak meraung. nak menangis sepanjang hari. tapi tak terluah. rasa pedih dan sedih disimpan sorang2. tak boleh nak luah. tak boleh nak share. tak tau nak luah macam mana. sedih sangat2....dan rasa macam nak gila. rasa macam tak nak hidup. rasa nak mati. sesak nafas. sesak dada. macam mana la nak menempuh hari2 yag sedih nih, hari-hari yang pilu, hari-hari yang menyeksakan dan hari-hari yang sunyi dan sepi.