Sunday, August 15, 2010

Putus Cinta Part 3

Dunia bergegar....!!!! bukan kerana gempa bumi. bukan kerana gegaran bumi. ini adalah gegaran jiwa berukuran 100 skala ricther. gegaran jiwa kerana sang kekasih bagitahu bahawa sampai di sini sahaja hubungan di antara mereka.
          Dulu, sang lelaki itu cakap dia sayangkan gfnya sampai akhir hayat. Dia cakap dia akan sayang kekasihnya tu selama-lamanya. kerna kekasihnya satu-satunya permata hati.  Dia rayu gfnya supaya jangan ditinggalkan dan jangan dikecewakan. Dia minta supaya gfnya setia sampai bila-bila. Dia cakap Dia mahu sehidup semati dengan gfnya. Dia mahu sunting gfnya menjadi permaisuri hidupnya.dan bermacam madah2 indah dan janji2 manis...namun akhirnya...terkulai layu..betapa senangnya mengakhiri sebuah perhubungan..