Saturday, December 18, 2010

MAA

Bahagia dengan MAA. Dia memenuhi banyak ciri yang aku cari dalam diri pasangan selama ini. Dia amat memahami, penyanyang, romantik dalam cara dia yang tersendiri, pandai memanjai dalam cara dia yang tersendiri, menghormati dan menyayangi keluargaku seadanya dan bonus dia amat kelakar dan petah bercakap serta pandai bercerita. Semua kualiti yang ada padanya terangkum menjadi satu lalu hati menjadi sangat kasih kepadanya. Dia boleh memberi kesan yang amat mendalam kepada diriku..membawaku menilai diri semula lalu aku laksanakan perubahan sedikit demi sedikit ke atas diriku. Walaupun dia pemarah namun apa yang dia marah itu adalah amat berpatutan dan bukan sewenang-wenangnya dia memarahi diriku. kadang2 dia mendesak diriku untuk berubah namun apa yang didesaknya itu adalah untuk kebaikan diriku jua, kebaikan bersama dan kebaikan keluarga. Alhamdulillah, aku bertemu seorang lelaki yang amat baik, bertanggungjawab, sangat realistik, rajin dan pendek kata semua yang ada pada dirinya adalah yang terbaik. semua kualiti yang ada padanya membuat aku selalu menilai diriku semula. betapa jauh tertinggalnya aku. aku seorang yang suka mengikut hati, kuat marah, pemalas, suka mementingkan diri sendiri, ego dan amat sukar meminta maaf kepada orang lain. namun kualiti yang negatif itu sedikit demi sedikit terhakis oleh sikap dia yang amat berdiplomasi dan kebijaksanaanya menangani diriku dan perangaiku. Tuhan, aku amat bersyukur kepadamu kerana mempertemukan aku dengan lelaki yang aku dambakan selama ini. Thanks and all praises are only for u my Lord..